Bukan sekadar hafal skrip boring! Ni cara paling santai untuk faham psikologi owner, kawal tone suara, guna soalan pancing, kendalikan rejection, set janji temu, dan track KPI korang hari-hari.
Modul 00
Cara Sistem Ni Berfungsi
Tujuan korang belajar ni bukan nak bagi korang hafal skrip macam robot. Tapi nak bantu korang berborak santai, nampak profesional, dan rasa konfiden bila sembang dengan owner.
01
Faham konsep
Kena tahu sebab apa sesuatu teknik tu menjadi.
02
Latih diri
Practice nada suara sampai rasa tak kekok.
03
Terus buat
Boleh test terus dekat prospek sebenar.
04
Semak balik
Tengok mana kurang dan improve lagi.
Aliran Panggilan Paling Mantap
Minta Izin→Turunkan Guard→Bikin Ingin Tahu→Soalan Terbalik→Korek Sebab→Cari Peluang→Jemput Jumpa
Pegangan Penting:
Tak payah paksa-paksa owner suap listing dekat korang. Biar diorang sendiri yang cerita kat korang kenapa diorang rasa nak jual, nak sewakan, atau nak ubah fikiran.
Modul 01
Mindset Ejen Yang Power
Korang call bukan nak desak owner bagi rumah. Korang call nak tengok kalau-kalau ada situasi yang korang betul-betul boleh tolong.
Bukan Nak Close
Call pertama tak semestinya terus dapat listing.
Bukan Nak Pitch
Faham situasi owner dulu baru sembang solusi.
Bukan Nak Tekan
Biar owner rasa diorang masih pegang pilihan.
“Sembang dulu. Cari sebab kedua. Lepas tu baru sembang bab jumpa.”
Modul 02
Kenapa Owner Cepat Sangat Reject?
Masa korang call, owner mana kenal korang lagi. Diorang terus pasang 'shield' sebab ingat korang cuma nak menjual je.
Ayat Skrip Lama (Jangan Buat)
“Hi tuan. Saya Rizal dari XYZ Realty.
Saya call hari ini sebab saya nak offer servis menjual rumah tuan…”
Ayat macam ni dah basi sangat. Owner dengar je terus rasa nak elak.
Maksudnya: Diorang nak pegang kawalan borak balik.
“Tengah sibuk ni.”
Diorang rasa tak ada value nak layan korang.
Modul 03 • Baharu
Bila Orang Rasa Kena Paksa
Sebab utama prospek garang ialah bila diorang rasa korang cuba nak kawal keputusan diorang.
Dalam psikologi benda ni dipanggil psychological reactance: Bila orang rasa kebebasan diorang nak memilih tu diganggu, diorang automatik akan 'defend' diri.
Contoh Soalan Yang Bikin Prospek Terus Elak
Soalan Yang Memaksa Jawapan "Ya"
“Tuan berminat nak jual rumah tak?”
Soalan ni terus kantoi korang ada agenda nak suruh diorang cakap "ya".
Sebab tu jawapan Paling Senang diorang bagi ialah:
Tak berminatTak nak jualTak perluDah ada orang
Sebab Soalan Terus Sangat Boleh 'Makan Diri'
01
Terlalu Nampak Agenda
Prospek perasan korang cuma nak jawapan "ya".
02
Rasa Kena Jual
Sembang bertukar jadi tayangan iklan.
03
Prospek Melawan
Diorang balas "tak" sebab nak pegang balik kawalan.
Bukan tak boleh tanya direct terus, tapi bila baru mula borak, soalan yang gelojoh akan bikin orang elak dulu sebelum sempat percaya kat korang.
Modul 04 • Baharu
Bila Orang Tahu Kena 'Selling'
Orang cepat perasan kalau korang ada kepentingan diri sendiri nak 'sell' sesuatu kat diorang.
Fikiran Di Otak Prospek
“Kalau aku cakap belum ada ejen, mesti mamat ni sibuk dok offer servis dia.”
“Kalau aku kata nak jual, mesti dia kejar aku hari-hari.”
“Senang cerita, aku cakap 'Tak Berminat' je la.”
Sebab tu kadang jawapan owner tu bukannya betul pun, cuma jawapan nak lepaskan diri je.
Cara Bikin Borak Rasa Rileks
Santai Je→Minta Izin→Tak Paksa→Bikin Suspen Sikit
Modul 05 • Baharu
Tanya Soalan Terbalik
Daripada paksa prospek mengaku nak jual, korang cakap dulu andaian santai/negatif biar diorang sendiri yang betulkan korang balik!
Gaya Dulu (Gaya Boring)
“Tuan berminat nak jual rumah?”
Gaya Terbalik (Gaya Mantap)
“Tuan… saya rasa kalau saya tanya pasal nak jual rumah ni, mesti tuan cakap mmg tak ada plan nak pindah langsung kan?
Betul tak?”
Kalau tekaan korang salah, owner sendiri yang gatal tangan nak betulkan:
Jawapan Owner
“Eh tak juga… sebenarnya ada ingat-ingat nak jual tahun depan.”
Tengok tu! Sebab nak jual tu datang dari mulut owner sendiri, bukan korang yang desak.
Sebab Apa Teknik Ni Menjadi Sangat?
01
Suka Betulkan Orang
Manusia memang geram kalau orang lain tersilap anggap.
02
Selamat Nak Cakap "Tak"
Owner rasa tak bersalah langsung nak bangkang tekaan korang.
03
Rasa Rileks
Korang tak desak diorang suruh jual pun.
04
Gatal Nak Tahu
Owner pelik kenapalah korang teka macam tu.
Formula Ringkas
Korang Teka Dulu→Owner Betulkan→Owner Terbuka Cerita
Contoh Nak Pancing Owner Rumah Jual
“Saya rasa rumah ni mmg tuan plan nak simpan lama kan, takkan nak jual dalam masa terdekat ni.
Betul tak tekaan saya?”
Contoh Nak Pancing Owner Sewa
“Saya rasa unit tu sebenarnya tuan dah tak urgent sangat nak cari penyewa kan?”
Listing Yang Dah Lama Peram
“Saya rasa kan, lepas dah lama sangat dalam market, tuan mungkin dah malas nak ambil pusing sangat nak jual rumah tu sekarang kan?”
Tapi jangan la pi reka cerita bohong pasal fakta hartanah pulak! Teknik ni cuma nak bagi ramah mesra berborak je.
Modul 06 • Baharu
Soalan Gaya ABC — Korek Sebab Tanpa Nampak Macam Polis
Soalan macam “Kenapa tuan nak jual?” tu kadang keras sangat macam polis nak soal siasat.
Guna contoh orang lain dulu supaya soalan korang bunyi mesra & selamat.
Gaya Skrip Keras
“Kenapa tuan nak jual?”
Gaya ABC (Gaya Santai)
“Biasa owner yang saya jumpa diorang nak pindah ni sebab 3 benda je:
Sama ada nak rumah lagi besar,
nak kurang komitmen,
atau nak pindah duduk dekat kawasan lain.
Tuan punya kes sama macam ni jugak ke, atau ada sebab lain?”
Prospek tak rasa kena soal siasat sebab diorang rasa situasi diorang tu benda biasa je.
Gaya ABC Untuk kes Sewa
“Biasa owner sewakan unit ni diorang tengok salah satu benda ni je:
Nak cepat dapat tenant,
nak sewa harga tertentu,
atau nak jaga profil tenant betul-betul.
Tuan punya priority belah mana satu?”
Gaya ABC Untuk Tanah
“Kebanyakan owner tanah yang saya borak biasanya diorang jual sebab:
nak pegang cash,
dah tak plan nak majukan,
atau ada pelaburan lain.
Tuan punya kes macam tu jugak ke atau berbeza?”
Tak semestinya kena ada 3 pilihan tau, bagi 2 pun ok. Janji korang bagi contoh neutral dulu baru minta jawapan diorang.
Modul 07 • Baharu
Kasi Nampak Gambaran Masa Depan
Bukan main terus redah minta jumpa, tapi payungkan dulu apa faedah yang diorang akan dapat kalau jumpa korang nanti.
Korang boleh cuba teknik ni untuk bantu prospek nampak value sebelum buat sebarang keputusan.
Gaya Gelojoh (Jangan Buat)
“Saya datang rumah tuan hari Jumaat ni ya. Pukul 3 ke pukul 4 petang ok?”
Gaya Gambaran Masa Depan
“Katakanlah kita sembang sekejap.
Saya tengokkan keadaan rumah, check harga pasaran terkini... Lepas jumpa saya tu sekurang-kurangnya tuan dah ada gambaran jelas pasal harga, timing, dan step nak buat.
Kalau tuan dapat maklumat cenggini, ada rugi apa-apa tak kalau kita sembang dulu?”
Otak owner terus bertukar dari fikiran:
“Aduh kena jumpa ejen ke?”→“Eh bagus jugak, apa yang aku dapat eh?”
Gaya Gambaran Masa Depan Untuk Sewa
“Katakan saya jenguk unit dulu sekejap.
Lepas tu tuan dah tahu anggaran kadar sewa, target tenant yang sesuai, apa nak kena touch-up dan cara saya nak promote.
Kalau lepas dengar tuan rasa tak ngam, tak payah proceed pun tak apa.
Ok tak macam tu?”
Modul 08 • Baharu
Kurangkan Risiko Di Mata Owner
Owner selalu takut kalau jumpa ejen ni sebab ingat kena paksa sign dokumen atau terus dilantik.
Buang terus ketakutan diorang tu!
“Tuan tak perlu buat keputusan apa-apa pun masa kita jumpa nanti.
Kita sembang-sembang tengok situasi dulu.
Kalau lepas saya terangkan tuan rasa tak ngam, tak ada hal langsung, kita cool je.”
Formula Hilangkan Rasa Risiko
Tak Paksa Langsung→Nampak Faedah Jelas→Owner Bebas Memilih
Janji kena betul-betul jujur tau! Jangan kata 'tak paksa' tapi bila jumpa sibuk nak desak suruh sign.
Modul 09
Gaya Nada Suara
Nada Suara
Kesan Kat Owner
Penggunaan
Mendatar / Bosan
Nampak macam telemarketer scammer
Elakkan terus
Terlebih Teruja
Nampak macam nak menjual sangat
Kurangkan sikit
Gagap / Tak Konfiden
Nampak tak pro langsung
Perlu berlatih lagi
Mesra / Cam Kawan
Sembang rasa natural sangat
Masa mula borak
Ingin Tahu
Owner rasa nak cerita panjang
Masa korek maklumat
Neutral / Relax
Tak rasa kena paksa langsung
Sepanjang perbualan
Konfiden & Yakin
Nampak korang terel dalam bidang ni
Masa bagi cadangan
Latihan Berhenti Sekejap (Verbal Pause)
“Tuan…
saya Rizal.
Saya nak tanya sikit pasal rumah kat Nilai tu…”
Modul 10
Ayat Pembuka Minta Izin
Cara paling gentleman nak hilangkan defensive owner ialah dengan mengaku terus korang memang tengah kacau masa diorang!
“Assalamualaikum tuan, saya Rizal.
Saya cakap terus terang la ya, saya ni ejen hartanah.
Saya nak tanya satu soalan je sebelum tuan decide nak letak telefon atau tak.
Boleh ke?”
Ayat ni ada 3 magis:
01
Jujur Terus
Korang tak selindung identiti langsung.
02
Minta Izin
Owner rasa diorang dihormati.
03
Suspen
Owner gatal nak tahu soalan apa pulak tu.
Gaya Lagi Casual
“Tuan, saya Rizal.
Saya ni ejen hartanah sebenarnya.
Sebelum tuan terus cakap 'tak berminat', boleh saya tanya satu soalan je tak?”
Modul 11
Ubah Pattern Biasa
“Tuan… boleh tolong saya confirmkan satu benda sekejap tak?”
“Saya tak pasti la saya ter-call owner yang betul ke tak ni…”
“Saya rasa ni mungkin jawapan 'tak' sebenarnya, tapi…”
Ayat acah-acah "mungkin tak relevan" ni buat owner ingin tahu sangat apa benda korang nak tanya sebenarnya.
Modul 12
Korek Sebab & Impian Owner
Masalah owner tak semestinya benda gawat. Kadang cuma keinginan nak tukar angin, lokasi, atau sebab faktor masa.
3 Benda Korang Wajib Ambil Tahu
01
Apa?
Apa sebenarnya owner nak buat?
02
Sebab?
Kenapa diorang terfikir nak buat gitu?
03
Bila?
Bila sasaran masa diorang nak settle?
Tanya Keadaan Rumah
“Rumah tu sekarang ada orang duduk ke kosong?”
Tanya Sebab Nak Jual
“Biasa owner yang nak jual area sini diorang nak upgrade rumah, pindah dekat tempat kerja, atau nak cashed-out investment.
Tuan punya situasi macam tu jugak ke, atau sebab lain?”
Tanya Jangka Masa
“Saya rasa benda ni bukannya urgent sangat kan, mungkin hujung tahun atau tahun depan baru plan serius?
Betul tak?”
Tanya Kesannya
“Kalau rumah tu tak ter-settle dalam masa 6 bulan lagi, ada gangu plan tuan tak?”
Modul 13 • Baharu
Formula 4-Langkah Cold Call
Ikut 4 langkah ni supaya perbualan tak rasa melompat terus nak menjual.
01
Ayat Muka
Bagi owner rileks & minta izin dulu.
02
Sebab
Cari tahu matlamat, sebab & masa.
03
Peluang
Ada ruang tak untuk korang bantu?
04
Jemputan
Ajak sesi santai atau step seterusnya.
LANGKAH 1 — Ayat Pembuka
“Tuan, saya Rizal.
Saya terus terang la, saya ejen hartanah.
Saya nak tanya satu soalan je sebelum tuan decide nak sambung borak atau tak.
Boleh?”
LANGKAH 2 — Cari Masalah / Sebab
“Saya rasa tekaan saya salah la, tapi rumah dekat [KAWASAN] tu mesti tak ada plan nak jual dalam masa terdekat kan?
Betul tak?”
LANGKAH 3 — Tengok Peluang
Jangan terus terjah:
“Tuan dah ada ejen ke?”
Guna soalan terbalik ni:
“Saya rasa kalau tuan ada plan nak jual nanti pun, mesti tuan dah ada ejen kawan-kawan yang uruskan kan?
Betul tak?”
Kalau owner balas:
Jawapan Owner
“Eh belum ada lagi, kami tak sampai tahap tu lagi.”
Haa! Kat situ korang tahu ada peluang besar tanpa perlu desak soalan menjual!
LANGKAH 4 — Ajak Sembang / Jumpa
“Kalau macam tu, boleh saya bagi satu cadangan ringkas tak sebelum saya letak fon?”
Bila owner kata "ha apa dia":
“Biasa owner yang ada plan nak jual lagi 6–12 bulan mesti ada fikir pasal:
Berapa harga rumah boleh pergi,
Berapa kos kena keluar,
Apa nak kena repair,
Dan bila masa sesuai nak start.
Katakan kita ngeteh sekejap, lepas borak tuan terus ada plan yang jelas tanpa perlu paksa diri buat keputusan apa-apa.
Ada rugi apa-apa tak kalau kita sembang dulu?”
Modul 14 • Baharu
Contoh Perbualan Sebenar — Owner Rumah
Ini contoh gaya sembang ejen pro bila call owner.
Ejen
“Assalamualaikum Puan Kelly?”
Owner
“Waalaikumussalam, ya siapa ni?”
Ejen
“Puan, saya Rizal.
Saya cakap terus terang la ya, saya ejen hartanah.
Saya cuma nak tanya satu soalan je sebelum puan decide nak teruskan borak ke tak.
Boleh ke?”
Apa jadi kat sini?
Korang jujur terus yang korang ni ejen, tapi masih bagi kawalan penuh dekat owner nak layan ke tak.
Owner
“Haa okay, nak tanya apa tu?”
Ejen
“Terima kasih puan.
Saya rasa tekaan saya silap sebenarnya...
Saya ada tengok rumah kat [KAWASAN], saya rasa puan mmg plan nak duduk situ lama kan, tak ada plan nak pindah langsung.
Betul x?”
Owner
“Eh tak jugak.
Sebenarnya ingat tahun depan kami nak pindah.”
Nampak tak? Owner sendiri yang bocorkan rahsia diorang nak jual!
Ejen
“Oho, tahun depan ya.
Biasa owner yang pindah area sini diorang nak upgrade rumah, nak dekat dengan famili, atau nak kurangkan komitmen.
Puan punya kes lebih kurang macam tu jugak ke?”
Owner
“Kami nak pindah duduk dekat dengan anak.”
Ejen
“Faham-faham.
Puan mesti dah ada ejen kawan-kawan yang uruskan jualan nanti kan?”
Owner
“Belum ada lagi sebenarnya.”
Ejen
“Mmm begitu.
Kalau macam tu boleh saya bagi satu cadangan ringkas sebelum saya letak fon?”
Owner
“Boleh, apa dia?”
Ejen
“Biasa owner yang nak jual 6–12 bulan lagi mesti tertanya pasal:
Market value terkini,
Kos-kos jualan,
Benda nak kena prepare,
Dengan bilakah masa paling ngam nak mula advertise.
Katakan kita jumpa santai 20 minit.
Lepas tu puan dah clear semua benda tapi tak perlu janji nak bagi saya jual pun.
Ada rugi apa-apa tak kalau kita sembang dulu?”
Apa Teknik Yang Digunakan?
Jujur→Minta Izin→Soalan Terbalik→Soalan ABC→Cari Peluang→Gambaran Masa Depan→Kurangkan Risiko
Modul 15
Koleksi Skrip Ikut Situasi
Owner Jual — Kes Normal
Assalamualaikum tuan, saya [NAMA].
Saya berterus terang la ya, saya ni ejen hartanah.
Boleh saya tanya satu soalan je sebelum tuan decide nak teruskan borak ke tak?
Saya rasa rumah dekat [KAWASAN] tu mesti mmg tak ada plan nak dijual kan sekarang?
Betul tak?
Owner Jual — Plan Jangka Panjang
“Saya rasa kalau tuan ada plan pun mesti lambat lagi kan, mungkin 6–12 bulan lagi agaknya.
Betul tak?”
Owner Sewa
Assalamualaikum tuan, saya [NAMA].
Saya nak tanya sikit pasal unit dekat [KAWASAN].
Saya rasa unit tu sebenarnya tuan dah tak urgent nak cari tenant kan?
Betul tak?
Priority Sewa
“Biasa owner yang saya tolong diorang utamakan salah satu benda ni je:
Sama ada nak cepat dapat tenant,
nak kadar sewa tertentu,
atau nak profil tenant yang elok.
Tuan punya kes lebih belah mana?”
Listing Yang Dah Lama
“Tuan, saya rasa kan... lepas dah lama sangat rumah tu dalam market, tuan mungkin dah malas nak ambil pusing sangat nak jual sekarang kan?
Betul tak?”
Bila Owner Betulkan Tekaan Korang
“Oho masih nak jual lagi...
Setakat ni apa yang paling mencabar eh: kurang orang bertanyakan, buyer offer terlalu murah, atau orang datang tengok tapi tak lekat?”
Dah Ada Ejen Lain
“Saya rasa rumah ni mesti dah ada ejen kawan-kawan yang tolong promote kan?
Betul tak?”
“Bagus la macam tu!
Apa benda yang tuan paling suka cara diorang servis sekarang?
Dan kalau ada 1 benda yang boleh bagi mantap lagi, apa yang tuan nak diorang improve?”
Owner Tanah
“Saya rasa tanah dekat [KAWASAN] tu mmg tuan plan nak simpan sampai ke cucu kan, bukannya nak jual.
Betul tak?”
“Biasa owner yang fikir nak jual tanah ni diorang nak pegang cash, ada pelaburan lain, atau dah tak ada plan nak majukan.
Tuan punya kes macam tu jugak ke?”
Kedai / Pejabat / Kilang
“Hi tuan, saya [NAMA].
Saya nak confirmkan sikit pasal unit kedai dekat [KAWASAN] tu.
Saya rasa mesti dah ada agensi yang handle marketing unit tu kan sekarang?
Betul tak?”
Modul 16
Cara Tangani Rejection / Penolakan
Bila owner bantah, jangan pi gaduh pulak! Gunakan penolakan tu untuk faham apa sebenarnya yang buat diorang ragu-ragu.
Tapi kalau owner dah memang betul-betul marah dan cakap "Jangan kacau aku lagi!", tolong la hormat keputusan diorang ya.
Modul 17
Cara Ajak Jumpa (Tanpa Memaksa)
Elakkan cara ajak jumpa yang memaksa sangat.
Gaya Memaksa (Elakkan)
“Saya ada dekat kawasan tu hari Jumaat. Pukul 3 ke pukul 4 petang yang ok?”
Gunakan Minta Izin dulu
“Boleh saya bagi satu cadangan ringkas tak?”
Berikan Value Dulu
“Biasa owner dalam situasi tuan ni diorang tertanya pasal harga rumah semasa, kos jualan, barang nak kena ready, dan bila masa paling sesuai.
Benda-benda ni saya boleh bantu semakkan dulu.”
Bagi Gambaran Masa Depan + Hilangkan Risiko
“Katakan kita sembang sekejap.
Lepas borak tuan dah ada plan yang jelas tapi tak perlu janji nak bagi saya jual pun.
Ada rugi apa-apa tak kalau kita sembang dulu?”
Modul 18
Jadual Susul Semula (Follow-Up)
H0
Lepas Call
Hantar intro & ringkasan borak tadi.
H2
Kongsi Value
Share sikit info atau berita pasaran.
H5
Tanya Status
Check tengok rumah masih available tak.
H10
Maklum Balas
Tanya khabar dan perkembangan.
H21
Check Semula
Semak balik strategi harga.
H30+
Jaga Hubungan
Kekal berhubung secara santai.
Assalamualaikum tuan.
Saya follow up santai pasal rumah dekat [KAWASAN] tu.
Saya rasa mesti dah settle terjual kan sekarang?
Betul tak?
Kalau belum, saya boleh tolong semak balik situasi kalau tuan nak la.
Modul 19
Ayat WhatsApp Lepas Call
Assalamualaikum tuan.
Saya [NAMA], ejen hartanah yang call tuan tadi.
Terima kasih ya luangkan masa borak tadi.
Macam yang kita sembang, saya boleh tolong semakkan pasaran, cadangan harga, cara nak promote, urus pembeli dan tapis prospek.
Bila-bila tuan lapang boleh share detail rumah ya. Saya tolong semakkan dulu.
Modul 20
Bina Skrip Korang Sendiri
Isi maklumat kat atas lepas tu tekan butang 'Hasilkan Skrip'.
Modul 21 • Baharu
Pembuat Soalan Terbalik
Gunakan tool ni untuk jana soalan pancing mengikut situasi.
Pilih situasi kat atas lepas tu tekan Jana.
Modul 22
Simulator Alasan Owner
Tekan butang kat atas untuk mula ujian.
Jawapan Korang
Modul 23
Kertas Semakan Kualiti Panggilan
Ayat Minta Izin
Owner rasa selesa & pegang kawalan.
Tone Suara
Rileks & semulajadi.
Unsur Suspen
Tak terus gelojoh nak menjual.
Soalan Terbalik
Guna dengan bersahaja.
Korek Sebab
Faham Apa, Kenapa & Bila.
Mendengar
Owner bercakap lagi banyak dari korang.
Ajak Jumpa
Tak ada rasa paksa langsung.
Sikap Profesional
Jujur & tak burukkan ejen lain.
MARKAH PANGGILAN
0 / 40
Modul 24
Cabaran Cold Call 30 Hari
Sehari fokus satu benda je. Tak payah nak keliru buat semua serentak!
Modul 25
Tracker KPI Harian
Panggilan0
Dapat Borak0
Sembang Panjang0
Follow-Up0
Set Jumpa0
Kadar Kejayaan
0%
Kadar Dapat Borak
0%
Kadar Sembang Panjang
0%
Kadar Dapat Jumpa
Modul 26
Ruang Nota Cold Call
Nota korang tersimpan kemas dalam browser.
Nota Rujukan Pantas
Rujukan Ringkas Ejen Pro
Pantangan Utama (Jangan Cakap)
“Tuan berminat nak jual?”“Saya dari agensi sekian-sekian...”“Kami ada promosi servis...”“Saya nak terangkan servis saya...”
Wajib Mula Dengan
Jujur TerusMinta IzinBikin SuspenTak Paksa
Senjata Utama
Ubah PatternSoalan TerbalikSoalan ABCGambaran Masa DepanHilangkan Risiko
Formula Mengalir
Minta Izin→Soalan Terbalik→Cari Sebab→Tengok Peluang→Cadangan→Gambaran Masa Depan→Ajak Jumpa
“Orang lagi cepat percaya dengan keputusan yang diorang terfikir sendiri, berbanding keputusan yang sales paksakan kat diorang.”